Selasa, 3 April 2012


DI SINI BERMULA..........


Penubuhan pertama Tabika KEMAS Kampung Hulu Sebuyau adalah pada tahun 1982. Tempat pertama digunakan sebagai kelas pembelajaran ialah di bawah rumah Ketua Kampung (KK) Haji Dris bin Sulong. Pemaju Masyarakat yang pertama mula mengajar ialah Puan Aminah bte Haji Nasron dan dibantu oleh Cik Rakayah bte Haji Dris. Hampir 100 orang kanak-kanak yang mendaftar di tabika ini. Pada tahun 1985, KK Haji Dris telah mewakafkan tanah beliau untuk tabika. Oleh itu, tabika ini berpindah ke Kampung Jalan Sawmill atas jasa baik beliau. Oleh kerana sambutan amat menggalakkan,maka tabika ini terpaksa di buka 2 sesi dan dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar. Di atas persetujuan mesyuarat AJK Tbk, maka seorang pembantu sukarela diambil untuk mengurus makan dan minum kanak-kanak.Bermula tahun 1999 sehingga kini, Tbk ini dikendalikan oleh dua orang PM Tbk dan dibantu oleh seorang Pembantu Sukarela.


MISI

  • MEMBERIKAN KHIDMAT YANG CEMERLANG MELALUI PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN SUMBER SECARA OPTIMA.
  • MEMPERKUKUHKAN SIKAP POSITIF DAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN ANGGOTA KEMAS DAN MASYARAKAT DESA KE ARAH PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG.
  • MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN SERTA PENGUASAAN TEKNOLOGI           TERKINI SUPAYA MASYARAKAT DESA BIJAK MENGURUSKAN SUMBER KE TAHAP OPTIMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan